Masih Ada Rindu


 

Nantikan drama 'Masih Ada Rindu' diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie. Menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. Diarahkan oleh Osman Ali. Saksikan Masih Ada Rindu di slot Akasia TV3, mulai 2 Jun 2021, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. Juga boleh menontonnya di platform WeTV.



JUDUL : MASIH ADA RINDU


EPISOD : 16


WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam


SIARAN TV : Slot Akasia TV3


PENULIS NOVEL : Mimie Afini


PENULIS SKRIP : Naza Manas


PENGARAH : Osman Ali


PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd


PELAKON : Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia, Miny Ghazy



WATAK PELAKON 


Farid kamil sebagai Hadi/Hakim


Mimi Lana sebagai Nurul Syafika


Halim Radzi sebagai Imran


Dayang Areeda sebagai Nasya


Kuna Muzani sebagai Hajah Noraini


Aleza Shadan sebagai Zaleha


Rahim Jailani sebagai Saifuddin


Aishah Ilias sebagai Syazwani


Fahmi Reza sebagai Badrul


Sri Idrina sebagai Rafidah



LAGU TEMA (OST)


Nada Kalbu - Aina Abdul


Nukilanku - Aisha Retno 


Cinta - Marsha Milan



SINOPSIS MASIH ADA RINDU


Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah Hadi dan Syafika mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?



Hakim melamar Syafika pada hari graduasinya. Ibu Syafika, Zaleha tidak bersetuju kerana tidak mahu apa yang berlaku padanya dahulu, berlaku pada anaknya pula. Ayahnya Saifuddin merestui tetapi Zaleha memutuskan hubungan dengan Syafika. Hakim memberitahu berita perkahwinannya kepada abangnya Hadi. Melihat pada Syafika, Hadi merasakan ada sesuatu yang istimewa. 



Syafika dan Hakim berbulan madu. Hakim menunjukkan sisi romantiknya untuk sambutan hari lahir Syafika yang ke-21. Malangnya, Hakim diserang asma dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital. Syafika berada dalam kesedihan yang amat besar atas kematian Hakim. Ibu Hakim, Hajjah Noraini menjaga Syafika dengan baik. Syafika sering salah anggap bahawa Hadi adalah Hakim. 



Hadi semakin tertarik dengan peribadi Syafika. Suatu hari Syafika yang kepenatan pengsan. Hadi menghantar Syafika ke hospital dan doktor memberitahu Syafika sudah mengandung. 


Syafika mula merasakan Hadi sudah jatuh hati padanya. 


Syafika cuba untuk melawan perasaan itu kerana masih rindukan Hakim. Hajjah Noraini merestukan, akhirnya Syafika membuka pintu hatinya untuk Hadi. Sudah bersediakah Syafika ‘melepaskan’ Hakim? Bagaimanakah Hadi membuktikan cintanya kepada Syafika?


Ulasan